Zul Kapan
Zul Fadli
speesher87@gmail.com
SERI KEBAL BESI KHARSANI
Bismillahirrahmanirrahim.
Hai Besi Kharsani,
Besi melilit 7 anggota aku,
Tulang menjadi besi,
Uratku menjadi batu,
Teguh tegap sekalian badan aku.
Ah!
Besi datang besi ku nanti,
Timah datang timah ku nanti,
Kayu datang kayu ku nanti.
Hai Seri Kebal,
Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.”.
Cara mengamalkannya:
Pada awal pagi (selepas mandi) ambillah air liur pada anak tekak (uvula) menggunakan ibu jari kanan sambil berniat, “Aku tahan kulit aku agar kebal dan tak dimakan oleh peluru atau senjata”.
Kemudian, letakkan (calitkan) ke telapak tangan kiri dan dijampi 3 kali dengan mentera di atas.
Temukan ke-2 telapak tangan dan gosok sedikit. Kemudian, sapukan ke-2 tangan anda ke serata tubuh sambil berniat di dalam hati, “Kulit aku menjadi besi yang tebal dan batu yang pejal.”. Bermula dari
ibu jari kaki (tangan kanan ke ibu jari kanan dan tangan kiri ke ibu jari kiri) sehingga ke seluruh tubuh iaitu ke buku lali, lutut, paha, punggung (depan belakang), perut, pinggang, dada (depan belakang), ke-2 tangan,
leher, kepala dan muka.
Amalkan selama 30 hari berturut-turut, barulah berhenti. Insya-Allah, anda akan menjadi kebal dengan izin Allah.
DOA KEBAL
Bismillahirrahmanirrahim.
Ingat Dia baru ingat kita,
Bukan kau menjadikan aku,
Hu yang menjadikan aku.
Punji saudaraku,
Kau jangan merosakkan aku,
Allah yang memasang,
Allah yang menetak.
Zat Allah,
Jasad Muhammad,
Muhammad batin,
Sifat Allah Ta’ala sejati.
Yakni, sifatMu tidak akan binasa.
Nyatakanlah!
Nyatakanlah!
Nyatakanlah!
…(kunci)…
77 kempunanku sehari semalam.
Cara mengamalkannya:
Bacakan mentera di atas bila-bila masa (digalakkan selepas sembahyang Subuh, sewaktu keluar rumah dan seumpamanya). Semasa membaca, setelah menyebut “Nyatakanlah!”, tarik nafas dalam dan sempitkan (kunci) rongga tekak anda kuat dan buka mengejut (berbunyi “hok!” di lelangit dalam).
Iktikadkan yang anda sedang mengunci seluruh badan anda agar menjadi kebal daripada segala jenis senjata tajam. Lakukanlah amalan ini setiap hari sehingga 40 hari. Setelah itu, amalan ini bolehlah diamalkan bila-bila masa.
Pantang:
Jangan melangkah parit.
DOA KULIT TEMBAGA
Bismillahirrahmanirrahim.
Wala lat-luhum wala kin,
Allahu wa-kata’ luhu.
Rama’in! Rama’in!
Tawalat-kin! Tawalat-kin!
Ar-Rahman! Ar-Rahman!
Ya Quddus! Ya Quddus!
Uratku menjadi kawat,
Tulangku besi kharsani,
Kulitku menjadi tembaga.
Berkat doa Rasul.
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.
Cara mengamalkannya:
Carilah atau buatlah sebuah telaga yang dalamnya separas pinggang. Pada awal pagi (sebaik-baiknya) sebelum Subuh, masuklah ke dalamnya dan bacakan mentera di atas sebanyak 3 kali. Kemudian, menyelamlah sambil membaca sebanyak mungkin (selama yang mampu) Surah Al-Ikhlas (Qulhu) dan berniat agar kulit anda menjadi kebal daripada segala jenis senjata. Lakukanlah sebanyak 3, 5, 7 atau 11 kali. Amalkannya sehingga 40 hari. Insya-Allah, kulit anda akan menjadi kebal daripada sebarang senjata
atau pukulan musuh (manusia, haiwan buas, jin syaitan dan sebagainya) dengan izin Allah.
Moga2 ilmu ini mampu mendatangkan manfaat untuk anda. .Ilmu ini sudah menjadi amalan saya dan diijazahkan pada anda yang mahu mengamalkannya. .
Salam Ukhwah Dari Malaysia. .
Zul Kapan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar